FAQ

Soalan 1: Blog keklapis-dayangsalhah ni memang pengilang / pengeluar kek lapis ke?

Jawapan : Bukan. Kami bukanlah pengeluar / pengilang / pembuatan kek lapis dayang salhah yang sebenar. Kami hanyalah di antara wakil pengedar di Semenanjung Malaysia.

Soalan 2 : Apa perbezaan antara blog ini dengan blog kek lapis dayang salhah yang lain?

Jawapan : Tiada perbezaan untuk kualiti dan rasa kek lapis. Semuanya sama. Cuma perbezaan harga yang membezakan blog keklapis-dayangsalhah ini dengan yang lain.

Kami menawarkan kek lapis dayang salhah pada harga yang terendah berbanding blog lain.

Soalan 3 : Betul ke harga terendah? Bagaimana kalau ada blog lain yang tawarkan harga yang lebih rendah?

Jawapan
: Sekiranya terdapat blog lain yang menawarkan harga yang lebih rendah dari kami, berikan kami blog tersebut dan kami sedia berunding untuk menawarkan yang terbaik untuk pelanggan.

Soalan 4 : Berapa kos penghantaran untuk setiap bar kek lapis?

Jawapan
: Harga yang kami tawarkan termasuk kos penghantaran. Tiada caj tambahan dan tersembunyi.

Soalan 5 : Boleh ke kalau saya nk tawar harga?

Jawapan : Boleh, sekiranya anda membeli dalam kuantiti yang banyak. Segala rundingan boleh dibuat melalui e-mail: dayangsalhah@gmail.com ataupun SMS ke 019-3043413.

Soalan 6 : Saya berminat untuk menjadi pengedar dan ejen dropship. Macamana caranya?

Jawapan : Sila hantarkan nama, alamat, no tel ke dayangsalhah@gmail.com atau SMS. Kami akan berikan kod untuk anda berdaftar sebagai ejen / pengedar kami. Maklumat lanjut, sila layari ke laman berkaitan.

Tiada sebarang caj / yuran dikenakan untuk menjadi pengedar / ejen dropship.

Soalan 7 : Bila kek boleh sampai?
Jawapan : Kebiasaannya, kek akan sampai dalam tempoh 1-3hari bergantung pada alamat.

Soalan 8 : Boleh ke saya request untuk tracking No.?

Jawapan : Maaf, tracking No. hanya diberikan apabila terdapat masalah dalam penghantaran seperti kek tidak dapat dalam tempoh 3 hari dari tarikh pos. Ini kerana urusan penghantaran dilakukan terus dari kilang dan melibatkan pekerja di sana.

Soalan 9 : Bagaimana kalau kek yang diterima rosak?


Jawapan : Sekiranya terdapat sebarang kerosakan terhadap kek setelah diterima, pelanggan boleh menunjukkan bukti (gambar) keadaan kek dan kami akan pulangkan wang anda tanpa soal.

Soalan 10 : Berapa lama kek ni boleh tahan?

Jawapan : Kek akan lebih tahan lama sekiranya disimpan dalam peti ais (1-2bulan). Sekiranya kawasan lembap dan panas, kek akan lebih cepat rosak. Sekiranya tiada peti ais, pastikan kawasan tersebut kering dan jauhi dari terkena cahay matahari.

Sebarang persoalan dan kemusykilan yang lain, sila menghubungi kami melalui e-mail atau SMS di laman hubungi kami.

Terima Kasih.